Tuesday 26 April 2011

(PANAS)Hafiz AF & Adira Mengaku Saling Cinta-Mencintai





Alkisah la.............. Sekadar terbaca dari blog lain so kena la sebarkan... Berita Panaszzzz...

Pengakuan cinta paling hangat ketika ini akhirnya berlaku jua. Hafiz, juara AF7 mengakui yang dia dan Adira kini sedang bercinta. Pengakuan ini dilakukan selepas tertekan dengan kontroversi yang kononnya Adira menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita lain. Cinta mereka berdua kini sudah mencecah usia 5 bulan. Kata Hafiz:-
Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya.
Selalu kalau artis Malaysia bila ditanya bab cinta pasti taknak mengaku tetapi kali ini Adira juga dengan sempoinya membuat pengakuan yang dia dan Hafiz sedang hangat bercinta. Kata Adira:-
Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yanglalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya
Ini baru betul romantis dan macho dalam percintaan. Berani mengaku dan tak segan silu. Tak macam kebanyakan artis kita yang berkahwin pun nak dirahsiakan. Apa kes? Takut hilang peminat ke? Abang Nara yakin dan pasti peminat Adira dan Hafiz akan menyokong percintaan ini selagi kualiti nyanyian dan persembahan mereka berdua tidak menurun. Tak gitu?

So kepada sesiapa yang masih beranggapan Adira memang menjalinkan hubungan songsang, diharap dengan pengakuan ini akan terlerailah segala persoalan anda. Sudah terbukti keperempuanan Adira yang tetap mahukan kasih sayang seorang lelaki. Aceh, macam tulis novel la pulak rasanya.

Kepada Adira dan Hafiz, semoga berbahagia ke jinjang pelamin. All the best dalam mengharungi alam percintaan.

Alkisah....
Adira ... Hafiz... kedua-duanya memang ada kehebatan so apa salahnya kan... cinta mencintai tu sudah jadi adat manusia cuma manusia tu sendiri yang terasa la... ok...


http://beautifulnara.com

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita... Ulasan aku


Alkisah la.... Asalam diucapkan kepada semua pembaca blog ini.
Sebenarnya tajuk ni aku dapat dari blog orang lain, so kata orang ... ilmu wajib disebarkan so aku mohon kebenaran dari empunya blog tu la yer. Ini sekadar renungan semua... takm kisah kan... HALAL kan jer yer...


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)



31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.

Wallahua'lam.


Kataku pula... 
Wahai kaum Adam, hendaklah beringat yer.. Ingat Allah SWT lebih baik dari ingat wanita jer... Sekadar peringatan dan pesanan dari ku sebagai hamba yang lemah.


http://www.fariszaz.com

Maher Zain - Insha Allah (Versi bahasa Melayu)

Dalam beberapa hari yang lepas pihak In-Team membuat cadangan untuk menghasilkan semula lagu Insha Allah yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Lebanon, Maher Zain, tetapi dalam versi terjemahan Bahasa Melayu. Semestinya lirik lagu Insha Allah yang dinyanyikan sendiri oleh Maher Zain dalam Bahasa Melayu ni sangat dinanti-nantikan peminat beliau dari Malaysia yang menjadi golongan majoriti peminatnya dari seluruh dunia. Hayati lirik lagu Insha Allah versi Bahasa Melayu.


Maher Zain – Insha Allah
Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang
Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu
Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya
Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda
Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu
Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha AllahInsha Allah, pasti muncul jalan-Nya
Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah
Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

http://blog.amirez.com/maher-zain-rakam-lagu-insha-allah-versi-melayu/

Monday 25 April 2011

SAHAM BANK RAKYAT ... RM 1 BILLION

Alkisah diceritakan pula....

Salam diucapkan buat semua sebagai pendahuluan kata, diikuti ucapan Basmallah sebagai pembuka bual bicara.

Alhamdulillah syukur kepada Nya kerana tanpa banyak halangan aku berjaya mendapat saham bank rakyat tu. Wow... tak sangka ramai gak yang menunggu giliran untuk mengisi borang kosong utk saham BR.

alkisahlah...

Tepat 9.00 am: Pintu bank rakyat dibuka. So aku pun dengan selamba masuk dan bertanya kepada pegawai Bank BR. " Tuan amacam nak dapatkan saham bank rakyat"... hehehe kena lah tanya dengan beradap , baru ada adab heee... Maka dengan baik dan suara yang sedap didengar , jawab pegawai bank tu.." Borang ini isi kemudian potostat IC tuan, dah siap ambil nombor..." OK tq tuan kataku. dengan muka selamba aku mengisi form nak mohon bank Rakyat... tapi... spoil la pula.......

Kata hatiku" Alamak.. 2 keping potostat IC...." apa lagi terus je aku merayau2 mencari tempat nak potostat ic ku... begini la keadaan ku pada masa itu:
1. Aku merayau2 dan terjumpa orang yg sama ngan aku mohon bank rakyat tadi... dia pun sama ngan aku tak jumpa kedai nak potostat IC.. aku betyanya padanya.. amacam... TAK De katanya... oppss kawan ni oang MALAYA hehhe

2. Jumpa pula awek berpakaian macam keja Hospital.. Ku bertanya.. kat si ada tak kedai potostat... Jawabnya dengan senyuman dan kebingungan... cuba cari kat Saaaaaaaaaaaaana... hehhee... ku pun mencari2... tak de...

3. Dalam masa merayau2 tu aku jumpa CC... aku masuk bertanya... 'Ada tak mesin potostat... penjaganya... menjawab... sori... ADOiiiiiiiiiiii ku...
Jam dah tepat 10.00 am ni...

4. Ku merayau2 lagi...jumpa gak ngan Abang JAGA... ada tak? dengan cepat dia membalas... pegi kat sana tu... ada kedai telefon... awak akan jumpa tu, sebelah kedai motor... So, aku pun berjalan mencari kedai tersebut... Aku Jumpa gak kedai tu tapi ... PINTUNYA TUTUP rapat.... wah... memang sadis nyer..

So aku pun membaca DOA kepadanya dan baca ayat2 Al-Quran sikit... yang aku hafal la..

5. Aku memohon agar Allah swt memudahkan urusanku... Aku pun maleh dah nak tanya2 orang.. aku pun mengikut kaki ku kemana saja hehhahaha... macam pengembara pula kan... Jam dah kul 10.20 am.. aku pun memandang kat atas.. dengan senag je aku terjumpa kedai besar potostat... ALAHAi.... kat sini rupanya kataku... tak sampai 50 meter pun jauhnya dari BR... dalam hatiku syukur...
... dalam hatiku, cantik juga awek ni hheehhe.. ku tanyalah , Ko kerja sini ka? Dia jawab... nak potosat ke? ada ke patut , aku tanya dia tanya aku pula... So jawab ku, Tolong Potostat 3.... hehhee... so kena la 60sen.. bayar potostatla...

So dengan senang hati aku pun menuju ke BR... ambil no giliran dpat la 1023. Nombor sekarang ialah 1010. So dengan rasa gembira aku pn duduk... Alamak ada masalah lagi pula... DUIT. 
Korang kena ingat yer kalau nak mohon saham ni kena ada Duit rm505.00. Saham minimum: rm500, bayaran proses: rm5.
So kalau ada tunai guna je... kalau tak de DUIT tu bagus pulang awal hahaha....

Nasihat ku: kalau nak beli saham BR kena sediakan
1. Isi borang
2.Ada IC
3.Salinan IC - 2 keping. Potostat byk2
4. WANG.. MONEY...DUIT dalam RM505.00 jek..
5.Ambil no giliran yorr... kalau takde mintak mahap la.

Ok jumpa lagi...nak tambah lagi saham ni... Kenapa aku nak saham ni?.... Orang lain nak ... so APA JAWAB KU.. nantikan jer...

Saturday 23 April 2011

Diperdaya rakan Facebook.... Dari Harian Metro...


Alkisah....

Kalau nak berfacebook kenalah facebook dengan berhati-hati... ingat diri sendiri... jangan terpedaya..

Dari Harian Metro:


PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000.
Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.

Mangsa dipercayai diperdaya satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laman web sosial Facebook untuk menjerat mangsa, terutama pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal, untuk membawa dadah keluar dari negara ini.
Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, mangsa yang juga pelajar tahun akhir jurusan kejururawatan berkenalan dengan lelaki Afrika yang menggunakan nama samaran ‘Chimezie Michael’ melalui Facebook sejak tahun lalu.

Katanya, mangsa yang berasal dari Betong, Sarawak mengaku tidak pernah bertemu secara langsung dengan lelaki terbabit sejak berhubung melalui laman web sosial itu, malah tidak mengetahui nama penuh dan latar belakangnya.

“Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.

“Malah, mangsa menguruskan sendiri segala urusan visa dan tiket penerbangan diuruskan. Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang itu pada 11 Mac, beliau ditahan pihak berkuasa tempatan kerana disyaki membawa dadah dalam tubuh dengan cara menelan.

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000.
Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.

Mangsa dipercayai diperdaya satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laman web sosial Facebook untuk menjerat mangsa, terutama pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal, untuk membawa dadah keluar dari negara ini.
Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, mangsa yang juga pelajar tahun akhir jurusan kejururawatan berkenalan dengan lelaki Afrika yang menggunakan nama samaran ‘Chimezie Michael’ melalui Facebook sejak tahun lalu.

Katanya, mangsa yang berasal dari Betong, Sarawak mengaku tidak pernah bertemu secara langsung dengan lelaki terbabit sejak berhubung melalui laman web sosial itu, malah tidak mengetahui nama penuh dan latar belakangnya.

“Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.

“Malah, mangsa menguruskan sendiri segala urusan visa dan tiket penerbangan diuruskan. Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang itu pada 11 Mac, beliau ditahan pihak berkuasa tempatan kerana disyaki membawa dadah dalam tubuh dengan cara menelan.
“Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Shenzhen untuk siasatan lanjut. Ketika ini, gadis itu dalam keadaan sihat.

“Wakil kita di China turut meminta pihak berkuasa tempatan di sana memberi layanan baik kepadanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Putra di Taman Wetland, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.

Richard berkata, beliau sedih selepas dimaklumkan gadis terbabit hanya dijanjikan RM5,000 untuk membawa dadah berkenaan dan percaya ia dilakukan atas dasar kesempitan hidup.

“Sindiket ini menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal sebagai sasaran kerana mungkin golongan ini mudah diperdaya akibat kesempitan hidup dialami,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati ketika menggunakan Facebook dan jangan mempercayai kenalan baru, terutama warga Afrika, bagi mengelak terpedaya dengan sindiket ini.

“Saya selalu cakap Facebook ada kebaikannya, tetapi jika salah guna boleh ia jadi musuh ketat. Pada masa sama, berhati-hati dengan mereka yang ingin berkenalan, terutama warga Afrika, kerana mereka mungkin ada niat tersembunyi di sebalik perkenalan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana dadah terbabit tidak dapat dikesan di negara ini ketika pemeriksaan dilakukan.

Sementara itu, Richard berkata, sehingga 31 Mac lalu, 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, di mana 833 ditahan kerana kesalahan menyeludup dadah.

Katanya, kebanyakan yang ditahan kerana menyeludup dadah berusia antara 20 hingga 30 tahun dan tiada rekod jenayah, selain tidak bekerja atau berpendapatan rendah.

“Kebanyakan rakyat kita ditahan di Thailand iaitu 272 orang; Singapura (164), Taiwan (125), China (82), Indonesia (37) dan Australia (23),” katanya.

Nasihat.... INGAT ALLAH SWT SELALU..

United hampiri kejuaraan ke-19





MANCHESTER - Manchester United semakin menghampiri rekod gelaran Liga Perdana England kali ke-19 apabila penyerangnya, Javier Hernandez menanduk masuk gol kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan ketika menewaskan Everton 1-0 malam tadi.
Aksi cemerlang penjaga gol Everton, Tim Howard hampir saja memberi pasukannya satu mata selepas banyak menyelamatkan percubaan bekas kelabnya, United di Old Trafford.

Begitupun, Everton gagal menghalang penyerang Mexico, Hernandez daripada menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan The Red Devils selesa mengukuh kedudukan di persada liga dengan kelebihan sembilan mata.

Ini merupakan jaringan ke-19 Hernandez buat United setelah tiba di Old Trafford dengan harga £6 juta (RM30 juta) awal musim panas lalu.

United kini hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Arsenal dan Chelsea selepas ini sekiranya mahu menjulang kejuaraan musim ini.

Alex Ferguson juga memberi tumpuan kepada pertemuan Liga Juara-Juara dengan Schalke 04 di Jerman dengan merehatkan Patrice Evra dan Nemanja Vidic malam tadi.

Koktail Kastad Buah

 Koktail dan kasted ni memang menjadi kesukaan saya. So aku copy dari web lain ku.
 
 
 
 
Koktail ni saya belajar dari biras saya. Dia selalu buat kalau dia buat open house. Since that, saya pun suka buat. Anak2 pun suka sangat. Sedap dimakan sejuk2.... Koktail ini adalah campuran koktail buah2an, kastad, air buah2an dan juga susu cair.

Bahan-bahan Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail
1 tin longan
Air masak secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
  2. Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
  3. Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
Cara menghidang :
  1. Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
  2. Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!


MAHARAJA LAWAK... APA PENDAPAT AKU...


aLKISAH ....................

Sebut sahaja perkataan LAWAK ( B.Malaysia)... JOKE ( Omputeh)... dan yang sebarisnya dengannya.. pasti kita akan teringat orang2 , kawan2... anak2.. kita yang akan membuatkan kita senyum.. ketawa.. terbahak2.. HAHAHAHAA.... kira gitu la bunyinya...akhirnya kita akan menyebut : ENGKAU NI KAN MEMANG SUKA BUAT LAWAK ... kemudian kita sambung ketawa kita hingga ada yang kuar air mata...

aLKISAH...

aSTRO membuat Program MAHARAJA LAWAk yg pada pengamatan aku la.. Memang lawak dan memang membuat aku tergelak dan akhirnya aku kata MEMANG LAWAK .. kemudian akau ketawa HAHAHAHAHA.... SAMBUNG LAGI ... HAHAHAHAAA.... betul2 lawak...

alkosah...lagi
Aku membaca online Murai... betul2 murai la... ni la kisahnya:


KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2011: Nasib begitu tidak menyebelahi Alex pada minggu ke empat Maharaja Lawak setelah dia diumumkan oleh juri Mamat Khalid sebagai peserta yang tersingkir pada minggu tersebut.
Persembahan Alex nyata gagal memikat hati juri dan penonton pada malam itu, apabila dia merupakan peserta yang menerima jumlah undian paling terendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, malam semalam.
Namun Alex yang juga finalis Raja Lawak musim ke-4 ini bagaimanpun akur dengan penyingkiran tersebut dan bangga dengan pencapaian yang dikecapinya setakat itu.
"Berpeluang menyertai program Maharaja Lawak sahaja sudah buat saya rasa seperti diberi penghormatan. Bgai saya pihak Astro telah beri saya keyakinan diri yang tinggi kerana saya rasa mereka telah berjaya mengubah budak gemuk macam saya jadi orang yang terkenal.
"Selain mahu berterima kasih kepada pihak Astro yang telah memberi peluang saya untuk dikenali, saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi dan peminat yang selama ini tak henti menyokong dan mengundi saya," jelas Alex yang ditemui selepas berlangsungnya Maharaja Lawak.
Mahu terus berada dalam bidang seni, kelahiran bintang Raja Lawak ini memberitahu dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi penulis skrip untuk drama atau filem komedi.
"Terus-terang saya sudah lama sedar saya bukannya pelawak sebenar dan tak tahu pun melawak tapi disebabkan saya disokong kuat oleh penonton dan peminat, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.
"Saya juga sedar bakat dan minat saya lebih kepada penulisan skrip untuk persembahan atau cerita lawak. Jadi mungkin jikia diberi peluang selepas ini saya mahu jadi orang disebalik tabir dengan menulis skrip.
"Jika peluang untuk saya berada dalam bidang lakonan nipis saya bercita-cita untuk menulis skrip drama atau movie komedi," katanya kepada murai.com.my.
Selepas Alex tersingkir barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal lapan lagi peserta lain iaitu Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Amir dan Jihan. Selain Mamat Khalid, barisan juri pengkritik Maharaja Lawak turut dibarisi oleh pengarah, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.
Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).
Peratusan Undian:
  1. Jozan - 61%
  2. Nabil - 58%
  3. Jambu - 53%
  4. Balas - 45%
  5. Amir -42%
  6. Man - 29%
  7. Alex 28%
itu alkisahnya:.....
Walaupun ALex dah out , aku akan tetap menonton Maharaja Lawak.... mana la tau aku jg masuk King OF Maharaja Lawak.... 

Ohhh... Nasi Lemak ...Sedapnya..

 

Makanan yang paling sedap dan memang sedap bagi semua masyarakat malaysia khasnya ialah Nasi Lemak... Nasi Lomak.. Nasik Berlemak hehee... Ia kan makanan sedap. Bilang saja makanan berlemak ni pasti terbayang kesedapan dan kenikmatannya.

Kat kantin sekolah nasi lemak ni memang menjadi hidangan atau menu utama. resepinya: Nasi masak ngan santan kelapo, ikan bilis digoreng, telur goreng mata kerbau atau dadar... Sambal masak cili api ooooo... SOdaopppp... bak kata orang Goreng pon sodap hahaha... lantak aku la nak makan nasi lomak ko tidak.

Namun kedengaran kata pak menteri negara Malaysia kita... OBERSITI... atau bahasa senang Terlebih Berat... hehehe.  Masuk akhbar pula tu... isyyyy nak kata memalukan , tak de la. cuma yang berkata tu pula yang nak memalukan diri sendiri... hahaha... sapa suruh nak makan tapi no excecise ... senaman la.

Ari ni bila buka kosmo online...

Nasi lemak bukan punca obesiti


KEGAGALAN ibu bapa mendidik anak-anak mengenai pengambilan makanan yang betul menjadi punca anak-anak mereka mengalami obesiti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .
"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.
"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.
"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.

wah... yer ker. INGAT SEMUA .. NASI LEMAK NI BUKAN PUNCA OBERSITI YER..

bagi aku la.. aku memang setuju sangat2. Kepada yg terasa dirinya obersiti tu, jom2 la senaman contohnya:
1. Lari2 kejar2 ngan isteri.. kalau yang masih BUJANG tu... kejar la kereta ke, motosikal ke.. yg penting peluh keluar.

2. Mari lah bermain badminton. Kalau nak main tu kena warm up dulu yer... Cita2 nak jd macam Misbun Sidek.. Dia adalah idola ku. Bula sj berjaya pemain handalan negara tp berjaya mencipta kejayaan buat negara.

Nasihat aku lagi... banyak2 berpuasa... ibadah tu.

Motto aku: INGAT ALLAH SWT SELALU...

TERMIA KASIH...

Friday 22 April 2011

Anwar masuk ke ICU Azizah



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

Murid obes wajib ikuti kelas khas




Kementerian kaji terperinci keberkesanan program dilaksana di Singapura

BATU PAHAT: Program khusus yang mewajibkan pelajar gemuk mengikuti kelas senaman fizikal selain kurikulum menekankan pendidikan nutrisi dan pemakanan sihat, mungkin diperkenalkan di negara ini bagi mengatasi masalah kegemukan dan diabetes di kalangan pelajar.

Menerusi program khas berkenaan, perkembangan serta kemajuan pelajar obes akan dinilai, dipantau serta diberi tumpuan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dengan bantuan doktor serta pakar pemakanan.
Program seumpama itu dilaksanakan di sekolah serta kolej di Singapura pada 1992 dan turut diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara cara paling berkesan mengatasi obesiti di kalangan generasi muda selepas berjaya menurunkan kadar pelajar obes daripada 14 peratus kepada 9.5 peratus pada tahun pertama pelaksanaannya.


Ia kemudian dihentikan pada 2007 selepas ibu bapa tidak berpuas hati apabila anak mereka yang diwajibkan mengikuti program itu tertekan kerana sering diejek serta dipersenda pelajar lain, lalu digantikan program menggabungkan kesihatan fizikal, mental serta sosial pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kaedah di Singapura itulah yang perlu dikaji oleh kementerian bagi menilai kesesuaiannya, sama ada boleh dilaksana di sekolah negara ini bagi mengatasi masalah obesiti pelajar.

"Jika baik, berkesan dan sesuai, apa salahnya ia disesuaikan dan ditambahbaik menjadi program lebih bersepadu, menyeluruh dan holistik untuk kebaikan generasi muda dan masa depan negara. Namun, kajian lebih menyeluruh dan terperinci juga perlu dibuat bagi mencari punca sebenar pelajar kita obes.
“Ia termasuk sama ada dakwaan makanan dijual di kantin sekolah antara penyebabnya sahih atau tanggapan semata-mata," katanya selepas majlis konvokesyen ke-18 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn, di sini semalam.
Akhbar pada 18 April lalu melaporkan kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus remaja 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah mengalami obesiti serta diabetes.

Sebelum ini, Kabinet mengarahkan semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan dilarang dijual di kantin sekolah berkuat kuasa serta merta dalam usaha mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

Poco-poco tak haram



Majlis Fatwa hormati Perak haramkan tarian

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.
Sejak Rabu lalu, beliau mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri hampir semua mufti seluruh negara di hotel terkemuka di sini. Hadir sama Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru, Othman Mustapha.

Ketika mengharamkan tarian itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memberi alasan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.

Berikutan itu, Abdul Shukor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan mereka membuat keputusan muktamad mengenai keperluan pengharaman tarian terbabit.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata, muzakarah bersetuju dengan penggunaan vaksin Meningitis Mencevax (lama) dan Menvio (vaksin baru) untuk jemaah haji dan umrah Malaysia.

“Kita sudah meneliti pandangan dan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan serta pakar berkenaan. Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu-ragu, kita akan terus menggunakan vaksin itu dan kita benarkan,” katanya.

Mengenai penggunaan vaksin Meningitis Menvio, beliau berkata ia juga boleh digunakan tetapi pihaknya masih mengutamakan vaksin Meningitis Mencevax kerana ia sudah lama digunakan di Malaysia, malah kosnya juga lebih munasabah berbanding yang baru.

“Kita dapat tahu daripada rakan di negara jiran mengatakan vaksin Meningitis Menvio lebih baik tetapi selepas mendengar penjelasan mereka yang membuat audit didapati prosesnya sama, cuma Menvio untuk 11 tahun ke atas manakala Mencevax boleh digunakan dari usia dua tahun.

“Kesannya juga sama iaitu dua tahun, tak ada bukti saintifik menyatakan Menvio boleh bertahan sehingga tiga atau empat tahun. Oleh itu, kita menggalakkan pengguna menggunakan vaksin Meningitis Mencevax,” katanya.

ANGKASA bakal miliki bank syariah sendiri Mei

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bakal memiliki bank sendiri yang beroperasi berlandaskan syariah selewat-lewatnya Mei ini dengan modal minimum RM300 juta.

Penubuhan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KPSA) sudah diluluskan dan kini menunggu lesen untuk beroperasi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penubuhan KPSA dapat memberikan khidmat sesuai dengan perkembangan semasa koperasi yang menuntut lebih banyak usaha memajukan ekonomi ahli dan koperasi keseluruhannya.
Katanya, usaha itu wajar mendapat sokongan semua koperasi supaya KPSA dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan memenuhi hasrat ahli.

“Penubuhan KPSA dapat memberikan sumbangan penuh makna kepada koperasi dalam memperkasakan ekonomi negara,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung permulaan KPSA, di sini semalam.

Katanya, produk kredit yang akan dibangunkan KPSA berlainan daripada produk ditawarkan bank komersial lain dan inisiatif ANGKASA menggalakkan koperasi menggunakan sistem pembiayaan kewangan mengikut prinsip syariah patut diberi pujian dan galakan.

“Ahli koperasi tidak sepatutnya curiga dengan penubuhan KPSA dan cara ia beroperasi nanti kerana ia akan diuruskan profesional,” katanya.
Sementara itu, Presiden ANGKASA, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata setakat ini 290 daripada 8,000 koperasi di seluruh negara sudah menyertai KPSA dan berharap lebih banyak koperasi mengambil langkah sama.

Membuat keuntungan dengan emas fizikal



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya… dan saya doakan agar financial IQ anda semakin bertambah…
Saya kat sini Alhamdulillah.. sihat tapi sibuk memanjang.
Minggu lepas sangat mencabar.. komputer kat office kena virus, komputer rumah kena virus.. jenuh pikir cammana nak clean virus.. 3-4 hari jugak buang masa cari penyelesaian.. akhirnya semuanya dah selesai.
Saya kembali ceria :)
Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.
emas-fizikal
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.
So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.
Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat :(
soalanUntuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut”
“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)
Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?
Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.
Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.
public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.
Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.
Sebab boleh gi pajak.
GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.
Pajak memang sah tak boleh.
Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.
Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.
Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.
Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita :)
kenaikan_harga_small
Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.

kenaikan_harga_2_small
Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)
Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)
Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.
Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.
Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.
So pastikan ada tunai di tangan, just in case.

Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?

Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..
tn_sembangSenang ajer… rajin-rajinlah jenguk kat ruangan sembang-sembang emas.
Kat sini tempat peminat-peminat emas bercerita, buat ramalan harga, bersoal jawab dan berinteraksi.
Sebab tu kalau saya tak update blog nie pun anda kena datang jugak :)
Kat sini anda boleh datang bersembang atau tengok kaki-kaki emas bersembang kat sini.
Antara chartist yang glamour kat sini ialah Hafiz dan gldsnpr.
kalau tak sempat nak tengok diorang bersembang, anda boleh mengunjungi blog Hafiz kat sini untuk melihat analisis teknikal harga emas:
http://pampsuisse.blogspot.com/
Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.

Kesimpulan:

1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA
atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi
( emas + ilmu = banyak duit)
4. Rajin-rajinlah jenguk blog nie… in case ada tips-tips dari cikgu-cikgu.
Jika anda ingin membeli emas fizikal, anda boleh beli kat sini (klik).
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh lawati forum jutawanemas.
dan jika anda ingin menghubungi saya, anda boleh menggunakan form ini (klik).
Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada website ini.

Business Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu dapat soalan-soalan berkenaan business emas.
Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…
Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

Sekarang cuba bayangkan…
Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.
Ini kerana:
1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.
Ok, mari saya huraikan satu persatu:
1. Pembekal yang baik.
1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.
2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..
5. Banyak ilmu tentang emas.
1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.
Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.
books1
Sebahagian dari buku-buku berkenaan emas dan sistem kewangan milik saya.

Soalan: Saya berminat nak buat business emas nie. Cammana ye?

pg_opis
Cara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.
Saya pernah menulis tentang peluang perniagaan emas Public Gold di sini (klik untuk baca)
Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.
Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.
Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.
Jadi, RM30,000 yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.
pg_box_big
Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang :)
Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.
Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.
2. Harga emas yang rendah.
Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)
3. Produk yang hot dan menarik.
Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.
4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.
Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% – 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.
5. Public Gold merupakan pakar emas.
Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh.. (baca kat sini)
Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.
6. Bantuan promosi diberikan.
Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh membantu mereka membuat business emas nie…
pamplet
InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.
Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.
Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan. Tapi yang itu saya akan cerita kat orang yang jadi agen ajer lah…

Kesimpulan.

Perniagaan emas ialah perniagaan yang menguntungkan dengan risiko yang sangat minima. Ini kerana emas itu sendiri merupakan produk yang disukai manusia.
Jika berminat nak jadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui contact form (klik sini) atau sms 013-3819901. Saya akan rasa gembira sekiranya dapat berkongsi pengalaman dengan anda dan membimbing anda.
Kalau saya terlewat atau terlupa hubungi anda balik, harap ingatkan saya, sms balik atau e-mailkan semula. Maklumlah… memanjang sibuk :)
Ok then, selamat menjadi usahawan emas.

http://jutawanemas.com

Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

only_gold_grow_more_precious1 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..
Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.
Pergh… :D
Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.
Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:
1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi
Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.
Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.
Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga
Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..
Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)

Kisah rantai emas emak saya.

rantai_emas_makSaya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.
Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.
Ceritanya macam nie…
Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.
Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00
Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.
Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00
Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.
Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).
So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).
Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.
Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000
tanah_mak
Inilah tanahnyer…
hehehe.. kreatif kan?

Kenapa emak saya menggunakan teknik gadaian?

me_and_momFirst sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…
Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.
Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya :)
Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.
Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.

Kesimpulannya:

1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.
2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.
3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.
4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…
Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.
Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)
So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang :)
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...