Friday 6 May 2011

kedudukan ketika bersolat berjemaah antara suami dan isteri

BAGAIMANA kedudukan ketika bersolat berjemaah antara suami dan isteri?

FAISAL,
Kuala Lumpur




DALAM solat berjemaah, kedudukan imam dan makmum tersusun seperti dipraktikkan menurut sunnah Nabi Muhammad s.a.w iaitu imam ke hadapan sementara makmum sama ada lelaki atau perempuan di belakang imam.


Menurut hadis, apabila baginda bangun untuk bersolat, kalangan sahabat pun bangun di belakangnya. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud)

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w bersolat di rumah Umm Sulaim lalu aku dan Yatim berdiri di belakangnya sementara Umm Sulaim di belakang kami.” (al-Zuhayli, 1985: II: 245; trj. II: 261-63)

Maka itulah kedudukan suami sebagai imam dan isteri sebagai makmum
apabila solat berjemaah.

Selain itu, kedudukan imam dan makmum juga ditentukan berdasarkan bilangan makmum dan jantinanya. Antaranya:

1) Apabila terdapat hanya seorang makmum lelaki, lebih mustahab (sunat) berada di sebelah kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya.

2) Jika makmum hanya seorang lelaki dan perempuan, lelaki hendaklah berdiri di sebelah kanan imam sementara perempuan pula di belakang lelaki itu.

3) Jika terdapat dua makmun lelaki, kedua-dua hendaklah berada di belakang imam.

4) Jika hanya terdapat seorang perempuan atau beberapa orang perempuan, dia atau mereka hendaklah berdiri di belakang imam dengan tidak diselangi antara mereka jarak tiga hasta. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...