Saturday 23 April 2011

MAHARAJA LAWAK... APA PENDAPAT AKU...


aLKISAH ....................

Sebut sahaja perkataan LAWAK ( B.Malaysia)... JOKE ( Omputeh)... dan yang sebarisnya dengannya.. pasti kita akan teringat orang2 , kawan2... anak2.. kita yang akan membuatkan kita senyum.. ketawa.. terbahak2.. HAHAHAHAA.... kira gitu la bunyinya...akhirnya kita akan menyebut : ENGKAU NI KAN MEMANG SUKA BUAT LAWAK ... kemudian kita sambung ketawa kita hingga ada yang kuar air mata...

aLKISAH...

aSTRO membuat Program MAHARAJA LAWAk yg pada pengamatan aku la.. Memang lawak dan memang membuat aku tergelak dan akhirnya aku kata MEMANG LAWAK .. kemudian akau ketawa HAHAHAHAHA.... SAMBUNG LAGI ... HAHAHAHAAA.... betul2 lawak...

alkosah...lagi
Aku membaca online Murai... betul2 murai la... ni la kisahnya:


KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2011: Nasib begitu tidak menyebelahi Alex pada minggu ke empat Maharaja Lawak setelah dia diumumkan oleh juri Mamat Khalid sebagai peserta yang tersingkir pada minggu tersebut.
Persembahan Alex nyata gagal memikat hati juri dan penonton pada malam itu, apabila dia merupakan peserta yang menerima jumlah undian paling terendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, malam semalam.
Namun Alex yang juga finalis Raja Lawak musim ke-4 ini bagaimanpun akur dengan penyingkiran tersebut dan bangga dengan pencapaian yang dikecapinya setakat itu.
"Berpeluang menyertai program Maharaja Lawak sahaja sudah buat saya rasa seperti diberi penghormatan. Bgai saya pihak Astro telah beri saya keyakinan diri yang tinggi kerana saya rasa mereka telah berjaya mengubah budak gemuk macam saya jadi orang yang terkenal.
"Selain mahu berterima kasih kepada pihak Astro yang telah memberi peluang saya untuk dikenali, saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi dan peminat yang selama ini tak henti menyokong dan mengundi saya," jelas Alex yang ditemui selepas berlangsungnya Maharaja Lawak.
Mahu terus berada dalam bidang seni, kelahiran bintang Raja Lawak ini memberitahu dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi penulis skrip untuk drama atau filem komedi.
"Terus-terang saya sudah lama sedar saya bukannya pelawak sebenar dan tak tahu pun melawak tapi disebabkan saya disokong kuat oleh penonton dan peminat, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.
"Saya juga sedar bakat dan minat saya lebih kepada penulisan skrip untuk persembahan atau cerita lawak. Jadi mungkin jikia diberi peluang selepas ini saya mahu jadi orang disebalik tabir dengan menulis skrip.
"Jika peluang untuk saya berada dalam bidang lakonan nipis saya bercita-cita untuk menulis skrip drama atau movie komedi," katanya kepada murai.com.my.
Selepas Alex tersingkir barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal lapan lagi peserta lain iaitu Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Amir dan Jihan. Selain Mamat Khalid, barisan juri pengkritik Maharaja Lawak turut dibarisi oleh pengarah, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.
Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).
Peratusan Undian:
  1. Jozan - 61%
  2. Nabil - 58%
  3. Jambu - 53%
  4. Balas - 45%
  5. Amir -42%
  6. Man - 29%
  7. Alex 28%
itu alkisahnya:.....
Walaupun ALex dah out , aku akan tetap menonton Maharaja Lawak.... mana la tau aku jg masuk King OF Maharaja Lawak.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...