Tuesday 26 April 2011

(PANAS)Hafiz AF & Adira Mengaku Saling Cinta-Mencintai





Alkisah la.............. Sekadar terbaca dari blog lain so kena la sebarkan... Berita Panaszzzz...

Pengakuan cinta paling hangat ketika ini akhirnya berlaku jua. Hafiz, juara AF7 mengakui yang dia dan Adira kini sedang bercinta. Pengakuan ini dilakukan selepas tertekan dengan kontroversi yang kononnya Adira menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita lain. Cinta mereka berdua kini sudah mencecah usia 5 bulan. Kata Hafiz:-
Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya.
Selalu kalau artis Malaysia bila ditanya bab cinta pasti taknak mengaku tetapi kali ini Adira juga dengan sempoinya membuat pengakuan yang dia dan Hafiz sedang hangat bercinta. Kata Adira:-
Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yanglalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya
Ini baru betul romantis dan macho dalam percintaan. Berani mengaku dan tak segan silu. Tak macam kebanyakan artis kita yang berkahwin pun nak dirahsiakan. Apa kes? Takut hilang peminat ke? Abang Nara yakin dan pasti peminat Adira dan Hafiz akan menyokong percintaan ini selagi kualiti nyanyian dan persembahan mereka berdua tidak menurun. Tak gitu?

So kepada sesiapa yang masih beranggapan Adira memang menjalinkan hubungan songsang, diharap dengan pengakuan ini akan terlerailah segala persoalan anda. Sudah terbukti keperempuanan Adira yang tetap mahukan kasih sayang seorang lelaki. Aceh, macam tulis novel la pulak rasanya.

Kepada Adira dan Hafiz, semoga berbahagia ke jinjang pelamin. All the best dalam mengharungi alam percintaan.

Alkisah....
Adira ... Hafiz... kedua-duanya memang ada kehebatan so apa salahnya kan... cinta mencintai tu sudah jadi adat manusia cuma manusia tu sendiri yang terasa la... ok...


http://beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...